Monday 29 September 2014

BEBUAS




Bebuas atau buas-buas atau nama saintifiknya premna feotida reinw namakala dalam bahasa jawa si sebut singkil
. merupakan sejenis tumbuhan renek yang agak besar, hingga boleh mencapai 7 m ting­ginya. Keseluruhan daun berbulu halus. Bentuk daun bujur. Pangkal daun membulat atau kordat, manakala hujungnya runcing. Tetapi daun kecil di bahagian pangkal bergerigi krenat atau serat jarang.

Kegunaan dan khasiat
Pucuk muda Premna foetida dan Premna cor­difolia berbau unik dan berasa pedas. Pucuk biasanya dicelur, dimasak gulai atau diguna-
kan sebagai perasa untuk masakan. Daun Premna integrifolia digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dalam gulai, juga untuk menambah aliran susu ibu. Pucuk yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dipercayai boleh meng-atasi masalah angin di dalam tubuh.

Air rebusan daun bebuas pula di­minum untuk mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak. Hanya secawan kecil air ini diperlukan. Pengambilan daun atau pucuk secara berlebih­lebihan perlu di-
elakkan kerana boleh meng­akibatkan pening kepala. 



INFO  http://rawatantradisional.blogspot.com/2007/06/bebuas.html

No comments:

Post a Comment