Tuesday 30 September 2014

Khasiat Cendawan




Khasiat cendawan:

Cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. 


Aktiviti  Penanaman Cendawan 
Taman Herba
SMK SG BESAR


























Daun Salam




10 Khasiat Dan Manfaat Daun Salam Bagi Kesihatan

  1. Mengharumkan masakan
    Campurkan daun segar maupun kering ke dalam masakan seperti daging, ikan, nasi atau sayur mayur agar aroma masakan lebih harum. Kandungan zat-zat alami di dalamnya juga bermanfaat untuk menjaga kesehatan dengan meningkatkan daya tahan tubuh. Jadi, jangan ragu untuk mengikutsertakan salam pada masakan anda.

  2. Membuat gigi putih bersih
    Pasta gigi tradisional yang terbuat dari daun terbukti mampu memutihkan gigi kuning secara alami dan aman. Jemur daun salam dan kulit jeruk sampai kering. Haluskan dengan ditumbuk kemudian campurkan keduanya bersama air. Aduk rata hingga berbentuk pasta. Gunakan khasiat daun salam sebagai pasta gigi tradisional.

  3. Menurunkan kolesterol dan diabetes
    Sediakan 10 – 15 lembar daun yang masih segar, cuci sebentar kemudian rebus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas saja. Setelah dingin lalu saring air rebusan daun salam tersebut dan minum sekaligus di malam hari. Lakukan secara teratur agar kolesterol maupun diabetes cepat sembuh.

  4. Membantu menurunkan berat tubuh
    Bagi anda yang memiliki masalah berat berlebih, manfaat daun salam untuk menurunkan berat badan bisa anda coba. Cuci 20 – 30 lembar daun kemudian rebus bersama 4 gelas air. Setelah tersisa 2 gelas, angkat dan dinginkan. Minum 2 kali sehari pagi dan malam masing-masing 1 gelas agar berat badan turun.

  5. Mengobati kencing manis
    Rebus 7 – 15 daun dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas saja. Saring dan tunggu sampai dingin kemudian minum sekaligus sebelum makan. Lakukan dua kali dalam sehari supaya khasiat daun salam diserap oleh tubuh.

  6. Menurunkan tekanan darah
    Sediakan 7 – 10 lembar daun yang masih segar, rebus bersama 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin, saring kemudian minum sehari 2 kali masing-masing setengah gelas.

  7. Mengobati maag akut
    Untuk anda yang menderita maag, manfaat daun salam dapat menjadi obat alami penyakit tersebut. Cuci bersih 15 – 20 lembar daun segar. Rebus dengan ½ liter air sampai mendidih selama 15 menit. Tambahkan gula enau (aren) secukupnya. Setelah air rebusan dingin, minum airnya sebagai teh herbal. Lakukan setiap hari sampai rasa perih dan penuh di lambung hilang.

  8. Mengatasi mabuk alkohol
    Kegunaan tanaman salam yang satu ini tidak memanfaatkan daunnya melainkan buahnya. Cuci satu genggam buah salam masak, tumbuk dan peras airnya. Saring air perasan buah salam kemudian minum agar mabuk akibat alkohol cepat hilang.

  9. Meringankan sakit asam urat
    Keringkan 10 lembar daun salam kemudian rebus bersama 10 gelas air. Tunggu hingga tersisa 7 gelas lalu minum setelah dingin. Lakukan teratur setiap hari agar penyakit asam urat anda cepat sembuh.

  10. Mengobati diare secara alami
    Selain menggunakan buah jambu biji yang masih muda, daun salam juga bisa dimanfaatkan untuk mengobati penyakit diare. Sediakan 15 lembar daun salam segar. Rebus dalam dua gelas air sampai mendidih. Tambahkan sedikit garam dan tunggu sampai dingin. Minum air tersebut sekaligus agar diare cepat sembuh.
Sumber info : www.akusehatku.com/2013/10/10-manfaat-daun-salam.html?m=1Www.akusehatku.com


Aktiviti Taman Herba SMK SG BESAR bersama pelajar
SMK Sg Besar 45300 Sg Besar, Selangor















Monday 29 September 2014

AKAR SOM








 Akar som dikenali juga dengan nama akar ginseng, akar songsong, ulam ginseng, som jawa, kelesom, turen shen, panicled fameflower root, dan talini paniculati radix. Nama saintifik bagi akar som ialah Talinum paniculatum gaertn dan tergolong dalam keluarga Portulacaceae. Pada asalnya, pokok ini tumbuh meliar dan mula dijumpai di kawasan beriklim tropika.


Antara khasiat yang diperoleh melalui daun yang dijadikan ulam adalah dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan. Bagi ibu yang menyusukan anak, daun akar som dapat menambahkan susu badan. Bagi kanak-kanak yang sering diserang penyakit bisul, hancurkan daun dan campur sedikit gula merah, kemudian tampal pada bisul untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Meminum air rebusan pokok ini berkesan bagi melegakan penyakit batuk, asma, kencing manis dan darah tinggi. Masyarakat Melayu di negeri Kelantan menjadikan akar pokok sebagai ulam. Cara ini dikatakan lebih berkesan bagi proses penyembuhan penyakit yang dialami.

BEBUAS




Bebuas atau buas-buas atau nama saintifiknya premna feotida reinw namakala dalam bahasa jawa si sebut singkil
. merupakan sejenis tumbuhan renek yang agak besar, hingga boleh mencapai 7 m ting­ginya. Keseluruhan daun berbulu halus. Bentuk daun bujur. Pangkal daun membulat atau kordat, manakala hujungnya runcing. Tetapi daun kecil di bahagian pangkal bergerigi krenat atau serat jarang.

Kegunaan dan khasiat
Pucuk muda Premna foetida dan Premna cor­difolia berbau unik dan berasa pedas. Pucuk biasanya dicelur, dimasak gulai atau diguna-
kan sebagai perasa untuk masakan. Daun Premna integrifolia digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dalam gulai, juga untuk menambah aliran susu ibu. Pucuk yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dipercayai boleh meng-atasi masalah angin di dalam tubuh.

Air rebusan daun bebuas pula di­minum untuk mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak. Hanya secawan kecil air ini diperlukan. Pengambilan daun atau pucuk secara berlebih­lebihan perlu di-
elakkan kerana boleh meng­akibatkan pening kepala. 



INFO  http://rawatantradisional.blogspot.com/2007/06/bebuas.html

BELUNTAS





Beluntas atau beluntas paya nama botaninya Pluchea indica.

Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh.

INFO  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Beluntas

SELOM




 Daun Selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica(Blume) biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasan lereng bukit yang berpaya


Selom biasa dimakan sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya.



Daun Selom dikatakan berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik didalam badan





ULAM RAJA

Pokok Ulam Raja atau nama botaninya cosmos caudatus merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

 Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.


INFO http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ulam_Raja

TERUNG PIPIT

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang)
 Nama botani terung ini adalah Solanum torvum.



Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.


Akar pokok terung  pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Info  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Terung_Pipit

PETAI


Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa.  Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

khasiat  biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

 Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman dan banyak lagi.

INFO  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Petai

PERIUK KERA

Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .

Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).

Kegunaan

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin.
 
Boleh digunakan juga untuk melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.
 
Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.
http://fazlisyam.com/2007/09/24/periuk-kera-nepenthes-gracilis/

Sunday 28 September 2014

Khasiat Bunga Raya



-Lendir daun bunga raya (daun diramas dengan mencampurkan sedikit air) boleh melebatkan dan menghitamkan rambut. Hanya perlu sapu lendiri itu pada rambut, biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa. Cara ini juga dapat menyejukkan kulit kepala.
-Lendir daun bunga raya juga elok untuk menurunkan suhu badan untuk orang yang tengah demam.
-Daun bunga raya boleh juga digunakan untuk merawat bisul, luka atau kegatalan pada kulit
-Bunga raya yang telah direbus boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selesema.
-Bunga raya juga boleh dijadikan pewarna yang boleh digunakan untuk membuat biskut dan kek.

Sumber info :www.puterikasih.com/2013/10/khasiat-bunga-raya/

Saturday 27 September 2014

Khasiat Halia Merah







Halia merah banyak khasiatnya boleh dibuat natural remedy atau sebagai ubat tradisional untuk membantu memulihkan beberapa masalah kesihatan dan tukang kebun anak-beranak pun dah.mencuba untuk melihat hasilnya sendiri. Berbeza dengan rizom pokok halia yang dibuat untuk masakan, saiz rizom halia merah adalah amat kecil berbanding dengan jenis halia digunakan untuk masakan. Kulit bagi halia merah yang muda berwarna pinkish manakala yang sudah tua red-brownish. Walaupun isinya berwarna sama dengan isi halia masakan, tetapi bila isinya direbus, air rebusan menjadi warna kemerah-merahan. Duduk di kampung beberapa hari di mana tiada klinik 24hours macam di bandar telah menyemarakkan semangat tukang kebun untuk mempelajari tanaman dikeliling rumah yang dapat dijadikan ubat untuk kami sekeluarga.


Sumber info : Kebunbahagiabersama.blogspot.comn-lain.

GURU-GURU KHB SMK SG BESAR

 
PN HJH NORSABRINA CHUA BT ABDULLAH
PN SITI SOLEHA BT MAHMUD
                                                               PN RAZELIZA BT RAJI
                                                    
               PN NURAKMARINA BT CHE MAT RAZALI

  
PN HIRMAWATI BT HAMDANI
PN ROKHMAH BT MOHAMAD ISAHAK
  EN ANUAR BIN KADIR
                                                              EN HAFID BIN TUJAD
                                                             HJ ZAKI BIN AZIZ
EN AZMAN BIN SAIRI