Thursday 25 September 2014

Serai Wangi



Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka dan digunakan untuk menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.
Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda. Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.
Mengikut pengkajian yang telah dibuat oleh Institut penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), serai wangi mampu bertindak sebagai pembersih kerana tumbuhan itu mengandungi anti septik, anti ruam dan boleh menghindarkan gigitan serangga seperti nyamuk.
Kini, hasil daripada pengkajian badan ini, mendapati bahawa serai wangi yang tumbuh di Malaysia menghasilkan Citronella yang lebih banyak berbandingkan serai Sri Langka dan serai di tempat lain. Penemuan tersebut telah membuka jalan kepada FRIM untuk menghasilkan krim penghalau nyamuk menggunakan minyak Citronella yang didapati daripada serai wangi tempatan.
Minyak Citronella mempunyai haruman yang lebih segar, mesra alam dan bahan toksid yang rendah berbanding krim penghalau sintetik. Minyak tersebut juga berpotensi bagi menghasilkan produk lain seperti sabun, ubat-ubatan seperti minyak urut dan bahan penghalau nyamuk dalam bentuk lilin.


Sumber info :http://kdier-livingnaturally.blogspot.com/2008/10/serai-wangi.html



No comments:

Post a Comment